HANOI: Malaysia meminta Vietnam untuk mengambil tindakan konkrit segera supaya insiden pencerobohan nelayan Vietnam di perairan Malaysia dapat diselesaikan.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata isu berkenaan semakin membimbangkan kerana sejak kebelakangan ini nelayan Vietnam bukan sahaja menceroboh, malah ada yang bertindak agresif dan provokatif terhadap penguat kuasa maritim dan nelayan Malaysia dalam perairan negara.
"Jika dibiarkan ia mungkin boleh mencetuskan isu yang lebih besar, ini berkait rapat dengan isu dan aktiviti perikanan IUU (Illegal, Unregulated and Unreported Fishing-perikanan yang melanggar undang-undang, tidak dikawal selia, tidak dilaporkan) dalam perairan Malaysia," katanya kepada kumpulan media Malaysia di sini hari ini selepas mengakhiri lawatan rasmi dua hari di Vietnam, semalam.
"Aktiviti sedemikian bukan sahaja menjejaskan aktiviti-aktiviti perikanan dan mata pencarian nelayan-nelayan Malaysia tetapi provokasi ini membimbangkan. Oleh itu saya telah meminta Perdana Menteri Vietnam untuk mengambil tindakan konkrit yang segera untuk menghentikan tindakan pencerobohan," tambahnya.
Katanya beliau berharap kerajaan Vietnam atas dasar persahabatan dengan Malaysia, mengambil tindakan segera supaya tindakan pencerobohan nelayan dapat diselesaikan.
Ismail Sabri berkata isu itu bukanlah perkara baharu dan beliau sendiri pernah ke Vietnam sebelum ini bagi membincangkan perkara berkenaan semasa menjadi Menteri Pertanian.
Berhubung lawatan rasmi dua hari ke Vietnam, Perdana Menteri berkata dalam lawatan itu beliau turut bertukar pandangan mengenai konflik Rusia-Ukraine, dan dalam isu ini kedua-dua negara mengambil sikap berkecuali.
Ismail Sabri berkata bagaimanapun, Malaysia tegas menyatakan tidak akan berkompromi dari segi pencerobohan negara lain ke atas negara berdaulat yang lain.
"Kita tidak akan menyokong pencerobohan seperti ini, bagaimanapun pendirian kita tidak campur tangan. Kita mahu supaya isu yang berlaku di Ukraine dapat diselesaikan dengan cara diplomatik," katanya.
"Mengenai sekatan yang dilakukan terhadap Rusia, kita menyatakan pendirian bahawa kita tidak menyokong sekatan yang dilakukan secara bersendirian, unilateral, kita hanya mengiktiraf sekatan jika ia diputuskan Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu," tambahnya.
Ismail Sabri berkata Malaysia dan Vietnam juga telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar bersama yang memaklumkan tentang hasil perbincangan antara Malaysia dan Vietnam.
"Saya ucapkan selamat berjaya kepada Vietnam sebagai hos SUKAN SEA yang akan diadakan pada bulan Mei ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 22 2022
ISMAIL SABRI: "Aktiviti sedemikian bukan sahaja menjejaskan aktiviti-aktiviti perikanan dan mata pencarian nelayan-nelayan Malaysia tetapi provokasi ini membimbangkan." - fotoBERNAMA
Tiada kompromi isu tuntutan 40 peratus hasil negeri
Kerajaan negeri menegaskan untuk tidak akan berkompromi terhadap isu tuntutan 40 peratus hasil yang dikutip Kerajaan Persekutuan di negeri ini, seperti terkandung dalam Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.
Pengasingan kuasa AG, Pendakwa Raya harap selesai tahun ini
Semua pihak mempunyai hak untuk mendapatkan pengadilan di mahkamah.
Keuntungan bersih Maxis meningkat kepada RM353 juta pada suku pertama 2024
Keuntungan bersih Maxis Bhd meningkat kepada RM353 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2024.
Tak perlu lagi redah perjalanan lebih sejam ke klinik
Penduduk Kampung Togop Darat 1 di Ranau, Sabah sebelum ini terpaksa membuat perjalanan lebih satu jam untuk ke pekan terdekat bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan.
Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Saya ingat orang buat cerita - Bapa
Pada awalnya Ahmad Said Md Piah, 65, menyangka berita mengenai
Ekonomi Malaysia berada di landasan untuk berkembang 4.0 hingga 5.0 peratus tahun ini - BNM
Bank Negara Malaysia (BNM) kekal mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang 4.0 hingga 5.0 peratus tahun ini.
Badminton Terbuka Thailand: Zii Jia mara ke separuh akhir
Lee Zii Jia berada di landasan tepat bagi mengejar misi memburu gelaran kedua Terbuka Thailand apabila berjaya melangkah ke separuh akhir.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Hasrat Ami bawa keluarga bercuti tidak kesampaian - Kakak
Kakak kepada Allahyarham berkongsi adiknya itu sering meluahkan hasrat berkenaan ketika membuat panggilan video bersama keluarga.
Ahli Parlimen, ADUN Bersatu diberi tempoh 14 hari nyata pendirian - Hamzah
Semua wakil rakyat Bersatu termasuk enam Ahli Parlimen dan ADUN yang berpaling tadah dengan menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan diberi tempoh 14 hari untuk menyatakan pendirian mereka.
Masih aktif ceroboh perairan negara, empat bot, 31 nelayan Vietnam ditahan
Maritim Malaysia Kelantan menahan empat bot dan 31 nelayan warga Vietnam kerana menangkap ikan secara haram di perairan negara menerusi dua operasi pada Isnin dan Rabu lepas.
APMM Pahang tahan dua bot nelayan tempatan, 15 kru Vietnam
Bot-bot tersebut dikendalikan tekong bersama awak-awak warganegara Vietnam kesemuanya seramai 15 orang, berumur antara 24 hingga 58 tahun.
Bot nelayan tempatan dengan lima kru Myanmar ditahan
Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin Jusoh, berkata penahanan itu dibuat ketika pasukannya melakukan rondaan Op Makmur di perairan tersebut.
15 nelayan Vietnam ditahan ceroboh perairan negara
Kedua-dua bot ditahan secara berasingan menerusi rondaan Op Naga Barat dan Op Kuda Laut di perairan Kelantan sekitar 5.40 petang.
Dua bot nelayan Vietnam ditahan, rampasan hampir RM3 juta - Maritim Kelantan
Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua bot terbabit tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985.
Nelayan Vietnam 'rompak' gamat dicekup
Nelayan berusia 17 hingga 34 tahun itu ditahan pada jarak 41.2 batu nautika dari muara Tok Bali sekitar jam 10.40 malam.
Maritim Malaysia tahan 2 bot Vietnam termasuk kru berusia 14 tahun
Remaja terbabit adalah antara 19 kru dua bot nelayan Vietnam yang ditahan Selasa lepas.
Lima hari hanyut di laut, lelaki Vietnam diselamat kapal tempatan
Seorang lelaki warga Vietnam yang hanyut kira-kira lima hari lepas ditemukan selamat oleh sebuah kapal tempatan berhampiran sempadan Malaysia-Thailand di Tok Bali dekat sini semalam.
24 nelayan Vietnam ditahan kerana ceroboh perairan negara
Dua bot itu disyaki bot penangkapan ikan asing dengan mempamerkan tanda nama seperti bot nelayan tempatan.
Maritim Malaysia tahan tiga kapal induk bekal minyak kepada nelayan asing
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Terengganu menahan tiga kapal tangki minyak dipercayai menjadi 'feeder' kepada bot-bot nelayan asing Vietnam di Laut China Selatan.